BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 14, 2013

Ayam Dadu Berendam

Hahaha sedap tak nama resepi aku ni?? commercial lah!! class u!! *okay2 perasan lebih je semua ni*

hari ni nak kongsi satu resepi mudah, cepat dan pintas. dengan shortform yang lebih mudah dan cepat faham ialah resepi MALAS.. haha

okay resepi ni sesuai untuk yang masih single, yg dah berumah tangga, dan bercucu pinak.. ohh soo sweett..

#bahan A :

- ofkos Ayam dipotong dadu

(bagi yg x tau cmne nak buat ayam dadu ni, korang boleh amek dada2 ayam ea pastu potong bentuk dadu.. paham??)

- bawang besar (potong dadu)

- bawang putih (cincang)

- serai

- 1 sudu kecik asam (aku guna asam adabi yg dalam bekas tu)

- tauhu kering

- su un (kahkah x reti eja sekian)

- cili boh (aku guna yg cili kering yang mak aku dah siap kisar XD)

- sos kicap

- sos cili

- sos tiram

- garam sesuke hati


#Cara3 nya pulak :

- memula sekali korang tumis cili tu guna planta atau marjerin, kalau kaya sikit guna r buttercup tuu.. ekekeke tumis sampai kering, atau mak aku selalu ckp sampai naik minyak.. kuikuikui bia sedappp

- lepas tu, korang masukkan serai dan bawang putih dan bawang besar tadi tuuu.. tumis2 sampai korang rasa dah boleh jadi chef kat hotel 5 stars, korang masukkan ayam potong dadu tadi..

- kemudian letak garam, sos tiram dan asam tadi..

- bubuh air smpai semua tenggelam, korang tutup..

- tunggu sampai dah kering sikit, and ayam dah empuk, korang masukkan kicap, sos cili tadi.

- then, dah rasa yakin sikit, korang masukkan tauhu dan su un tadi.. tapi before tu, tauhu dan su un mestilah direndam dulu.. bagi lembut..

- siap dihidang!! taraaaaa

 


- walaupun rupanya agak2 tak boleh bla, tapi rasa dia boleh lah daripada takde makanan kan.. bersyukur, nikmat neh.. hehhe try lah kalau berani!!

daaaaaaaaaaaa~

Monday, January 21, 2013

#Ikan Berbalut Daun

Assalamualaikum semua =)

rasanya dah lama tak menaip resepi simple kan.. hikhikhik
maklumlah suri rumah berjaya kan, banyak koje ni ha.. okay hari ni masak ikan berbalut daun..

Bahan :

Ikan kembong (Tak kesah nak berapa ekor)

Cili kering (Dah dikisar macam cili giling)

bawang putih dan bawang merah (Korang tumbuk tumbuk kasi comel)

garam secukup rasa

perasa secukup rasa

gula secukup rasa

sesudu asam (aku pakai adabi)

#Cara buat :

korang gaul je sampai sebati semua bahan tadi... then korang letak ikan tu kat daun pisang yang dah dijemur... lipat elok2, kunci dia pakai lidi yang dah ditajamkan..

okay menggunakan api yang kecil, korang letak atas kuali dan bakar then jangan lupa tutup pakai penutup periuk k...

done! kalau tak sedap, korang x pandai masak letteew

haa satu lagi... biasanya memang aku guna ikan kembung sebab rasa dia memang awesome!! btw, tekak berbeza kan, lau nak try ikan lain, ikut suke korang r tapi aku tak penah wat lagi.. haha okay ea..

selamat mencuba!


Friday, August 3, 2012

# Donat Versi Ramadhan


ini kira kali kedua aku buat... kah3

Bahan A :

yis sepaket
letak setengah sudu tepung
letak secawan air suam

[dibiarkan sampai naik kepala huhu]

Bahan B :

tepung (1 sudu membumbung mewakili 2 donat)
mentega (1 sudu la agak2)
letak setengah cubit garam
letak susu nestpray uhh

okay...

ambil bahan B tuu campurkan dengan Bahan A... kemudian letak susu cair dalam agak2 la.. uli uli sampai cantih itu doh okay...

pastu bulat2 kan la...

taraaa kan dah siap... hehehehe

% I LOVE YOU


just for you~

i love you
you love me
we are a happy family
with a big hug
and a kiss from me to you
won't you say you love me too

i love you
you love me
we are best friend like friends should be
with a big hug
and a kiss from me to you
won't you say you love me too

<3 love this song!!!!

=@ Si Dia Yang Menjengkelkan


okay.. lama tak menaip dalam belog kaler biru2 laut ni... disebabkan banyak assignment yang bertimbun, dan meeting sana sini (rasa macam VVIP okay).. nampak macam busy sangat, pada hal apa la sangat kan.. =P
okay... entri kali ni untuk menyedarkan orang-orang yang selalu membuat orang lain rasa menyirap dan sebagainya... jika ada diantara reader entri ini yang terasa, maka eloklah berubah sebelum orang lain membuang anda.. sekian.. =P

1. Perihal PINJAM barang..
- ni memang paling pantang seluruh keturunan ni.. masa nak pinjam, siap guna ayat berbunga ni.. "takpe2, bia aku yang ambil.. kat almari ek??"... time nak pulang, "weh, nah baju kau ni. aku letak sini (katil) je tau." cakap terima kasih pun tak ada.. tinggi betul akhlak tu kan.. lepas tu punya baik lagi kalau dah pinjam barang, tetiba mengaku dah pulang barang tu.. "aku dah bagi kau la hari tu, alaa time tu kau tengah busy wat keje".. macam alasan.. kalau dah hilangkan abrang orang tu mengaku je la makcik oi... tak payah nak menipu snagatlah...
* lain kali buat satu borang, 5 column (nama, item dipinjam, tarikh pinjam, tarikh pulangkan, tandatangan) .. dengan ini, kita ada hitam putih.. kita boleh dakwa dia kat court.. kih3

2. Perihal BAJET Tahu.
- golongan ni lagi la memang patut disisihkan.. *kejam.. haha... time cikgu mengajar.. "alah, ni memang aku dah tahu ni, senang je", "eh memang pon adik beradik dia dua orang je, aku dah lama dah tahuu, korang baru tahu ker??".. okay nampak tak ayat2 menyirapkan dan ayat bajet tahu?? haa kalau ada orang cakap camtu kat korang, korang pon cakaplah camni, "kalau kau dah tahu dan senang, nanti kau ajar kitorang ek" (biar dia terkial sikit, padan muka.) .. "aku tak hairan pun tahu lambat sebab aku tak sibuk hal orang lain, x macam kau yang suka busy body".. (okay ayat risiko.. =P) .. satu lagi contoh.. "kalau nak ke sana memang kena guna bas ni, mana boleh naik LRT, TAKKAN SAMPAI punye la" .. nampak tak satu lagi word2 bajet tahu?? lagi2 kalau sambil cakap tu, si dia buat muka mintak penampo ngan gaye sombong.. heyy pantang betul~ haha
*katakan pada si dia, "anda sangat menjengkelkan, sekian"

3. Perihal Dia Seorang yang BAGUS..
- ni lagi satu punya perangai tak habis.. apa2 keadaan sekali pun nak jugak orang nampak dia bagus.. bagus tang pandai tawar2, bagus tang study, bagus tang macam2 lagi la.. nak senaraikan takut tak cukup ruang belog ni.. kih3 "eh RM 100?? hari tu aku beli RM50 je. untungla aku.", "eh buruknya kain kau ni, hari tu aku beli kat masjid india, lagi cantik, murah pulak tu" .. nampak tak si dia nak menjatuhkan orang lain secara halus?? awas!! jangan biarkan orang mcm ni menguasai anda.. kah3.. pastu kalau ramai2 pergi kat tempat yang dia dah pernah pergi dan orang lain belum pernah jejak lagi, "eh nak pergi mana tu?? sini la" (sambil jalan paling ahdapan dan buat muka mintak penampo lagi sekali, heyy pantang3) haha..
* katakan pada baliau, "pernah tak ada orang kata hang ni memang menjengkelkan??"

4. Perihal PERASAN dan PERASAAN..
- haa tang ni la yang macam rasa nak lemas + sesak nafas.. pernah tak jumpa orang yang perasan dia adalah GF atau BF seseorang ni?? "saya tak suka awak cakap dengan dia", "awak ke mana petang tadi?? tak bagi tahu saya pun??", "kenapa tak pakai baju kurung hari ni?? ".. 24 jam asyik sibuk nak tahu.. pada hal si perempuan atau si lelaki tadi cuma anggap si dia tu kawan je, yang si dia ni dah perasan tahap mintak penampo.. sibuk nak kongkong.. nak2, baru kenal tak sampai sebulan.. haaiihh sosak kepala melayan orang macam ni.. naik gila otak..
* sesiapa yang ada simptom2 macam ni, elok jumpa dengan pakar psikiatri..sebelum terlambat..

5. Perihal Cemburu BUKAN pada yang sepatutnya..
- kalau cemburukan suami atau isteri, it is okay la.. baru nampak sweet gitu, baru namanya sayang kaalu cemburu tang ni.. ni ada pulak cemburu dalam berkawan.. pantang nampak kawan dia jalan dengan orang lain, mulalah tarik muka.. tak nak cakap, buat muka mintak penampo.. apa ke halnya nak buat mcm tu?? masalahnya, biola kawan dengan semua orang, si dia ingat si dia tu best sangat ke sampai tak boleh nak berkawan selain si dia.. ni biasanya berlaku kat perempuan..
* p/s : tolonglah jangan nak cemburu tang ni, buruk dan menjengkelkan..

okay, setakat ni saje ye.. kalau ada tambahan nanti, kita buat pada entri yang lain.. nagntukkk.. kroihhh3

# Puding Jagung


Nyum3.. siapa penah makan puding jagung?? please angkat tgn pleaseee.. hehe

jom buat puding, boleh makan time perut minta makan... =p

Bahannya :

1 tin jagung (cari kat kedai, yang ada tanda halal auu)
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard <<--- camni ke nak ngejanye?? ehehe hentam...
5-6 cawan santan
1 cawan gula

atau kalau tak nak santan, kita bubuh la susu cair tuu then bubuh le air secukup rasa...

cara2 nye yang sempoi :

1. kisar kasar2 jagung tu, kalau x nak kisar pun takpe, tapi nanti nak potong puding tu macam tak cantik la sebab jagung tu...

2. masukkan je segala tepung tu dalam periuk, sekali dengan jagung kisar kasar2 tadi, masukkan semua la bahan tadi senang citer...

3. kacau2 sampai pening.. hehe sampai macam kilat2 tu...

4. masukkan dalam loyang....

5. dah agak2 boleh potong tu, hidang kat suami ye.. hahah... kalau sedap, mesti habis.. kalau tak sedap, meh belajar lagi ye...

* nyum3... terliurr~~

# Kerapu Dikurung Dalam Periuk


Kalau korang pandai, mesti korang dapat teka dan bayangkan macam mana rupa resepi nih.. kih3
takpelah, tunggu korang pk, habis masa ni.. lalalala

Jom kita masak.. sreeng~

Bahan A :

Ikan Kerapu (ni bahan utama, kalau tak ade ikan ni, maka nama menu kat atas tu kenalah tukar menjadi ikan lain...)
lumur ler dengan [halia + bwang putih ] yang dikisar haluss tuu.. oppsss juga kunyit yerr

Bahan B :

1 ulas bawang besar dihiris okay?
1 batang Lobak Merah (dihiris ikut cita rasa korang k)
kobis bunga sikit (aku letak sikit je, psl tak berapa gemar sayur nih)
kicap sikit
sos tiram sikit
serai letak la berapa2 pun (nak bagi wangi buang hanyir2 ikan uhh)

[jadilah cantik sikit, ade kombinasi warna dlm lauk tu nanti.. ade kaler oren, putih, hijau serai tuu]

rasanya ni je la kot bahan2nya... hahaha

kemudian korang letak ikan tu baik baik kat dalam bungkusan yang alumnium tuu, letak dalam periuk kukus bertingkat tuu.. pehe??

lepas tuuu masukkan bahan b tadi atas ikan tuuu..

letak ikan dalam periuk , letak periuk atas api.. kukus selama 1/2 jam k...

okayy. selamat mencuba.. tak jadi tu belakang cter.. aku wat jadi.. kah3