BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 3, 2012

# Donat Versi Ramadhan


ini kira kali kedua aku buat... kah3

Bahan A :

yis sepaket
letak setengah sudu tepung
letak secawan air suam

[dibiarkan sampai naik kepala huhu]

Bahan B :

tepung (1 sudu membumbung mewakili 2 donat)
mentega (1 sudu la agak2)
letak setengah cubit garam
letak susu nestpray uhh

okay...

ambil bahan B tuu campurkan dengan Bahan A... kemudian letak susu cair dalam agak2 la.. uli uli sampai cantih itu doh okay...

pastu bulat2 kan la...

taraaa kan dah siap... hehehehe

% I LOVE YOU


just for you~

i love you
you love me
we are a happy family
with a big hug
and a kiss from me to you
won't you say you love me too

i love you
you love me
we are best friend like friends should be
with a big hug
and a kiss from me to you
won't you say you love me too

<3 love this song!!!!

=@ Si Dia Yang Menjengkelkan


okay.. lama tak menaip dalam belog kaler biru2 laut ni... disebabkan banyak assignment yang bertimbun, dan meeting sana sini (rasa macam VVIP okay).. nampak macam busy sangat, pada hal apa la sangat kan.. =P
okay... entri kali ni untuk menyedarkan orang-orang yang selalu membuat orang lain rasa menyirap dan sebagainya... jika ada diantara reader entri ini yang terasa, maka eloklah berubah sebelum orang lain membuang anda.. sekian.. =P

1. Perihal PINJAM barang..
- ni memang paling pantang seluruh keturunan ni.. masa nak pinjam, siap guna ayat berbunga ni.. "takpe2, bia aku yang ambil.. kat almari ek??"... time nak pulang, "weh, nah baju kau ni. aku letak sini (katil) je tau." cakap terima kasih pun tak ada.. tinggi betul akhlak tu kan.. lepas tu punya baik lagi kalau dah pinjam barang, tetiba mengaku dah pulang barang tu.. "aku dah bagi kau la hari tu, alaa time tu kau tengah busy wat keje".. macam alasan.. kalau dah hilangkan abrang orang tu mengaku je la makcik oi... tak payah nak menipu snagatlah...
* lain kali buat satu borang, 5 column (nama, item dipinjam, tarikh pinjam, tarikh pulangkan, tandatangan) .. dengan ini, kita ada hitam putih.. kita boleh dakwa dia kat court.. kih3

2. Perihal BAJET Tahu.
- golongan ni lagi la memang patut disisihkan.. *kejam.. haha... time cikgu mengajar.. "alah, ni memang aku dah tahu ni, senang je", "eh memang pon adik beradik dia dua orang je, aku dah lama dah tahuu, korang baru tahu ker??".. okay nampak tak ayat2 menyirapkan dan ayat bajet tahu?? haa kalau ada orang cakap camtu kat korang, korang pon cakaplah camni, "kalau kau dah tahu dan senang, nanti kau ajar kitorang ek" (biar dia terkial sikit, padan muka.) .. "aku tak hairan pun tahu lambat sebab aku tak sibuk hal orang lain, x macam kau yang suka busy body".. (okay ayat risiko.. =P) .. satu lagi contoh.. "kalau nak ke sana memang kena guna bas ni, mana boleh naik LRT, TAKKAN SAMPAI punye la" .. nampak tak satu lagi word2 bajet tahu?? lagi2 kalau sambil cakap tu, si dia buat muka mintak penampo ngan gaye sombong.. heyy pantang betul~ haha
*katakan pada si dia, "anda sangat menjengkelkan, sekian"

3. Perihal Dia Seorang yang BAGUS..
- ni lagi satu punya perangai tak habis.. apa2 keadaan sekali pun nak jugak orang nampak dia bagus.. bagus tang pandai tawar2, bagus tang study, bagus tang macam2 lagi la.. nak senaraikan takut tak cukup ruang belog ni.. kih3 "eh RM 100?? hari tu aku beli RM50 je. untungla aku.", "eh buruknya kain kau ni, hari tu aku beli kat masjid india, lagi cantik, murah pulak tu" .. nampak tak si dia nak menjatuhkan orang lain secara halus?? awas!! jangan biarkan orang mcm ni menguasai anda.. kah3.. pastu kalau ramai2 pergi kat tempat yang dia dah pernah pergi dan orang lain belum pernah jejak lagi, "eh nak pergi mana tu?? sini la" (sambil jalan paling ahdapan dan buat muka mintak penampo lagi sekali, heyy pantang3) haha..
* katakan pada baliau, "pernah tak ada orang kata hang ni memang menjengkelkan??"

4. Perihal PERASAN dan PERASAAN..
- haa tang ni la yang macam rasa nak lemas + sesak nafas.. pernah tak jumpa orang yang perasan dia adalah GF atau BF seseorang ni?? "saya tak suka awak cakap dengan dia", "awak ke mana petang tadi?? tak bagi tahu saya pun??", "kenapa tak pakai baju kurung hari ni?? ".. 24 jam asyik sibuk nak tahu.. pada hal si perempuan atau si lelaki tadi cuma anggap si dia tu kawan je, yang si dia ni dah perasan tahap mintak penampo.. sibuk nak kongkong.. nak2, baru kenal tak sampai sebulan.. haaiihh sosak kepala melayan orang macam ni.. naik gila otak..
* sesiapa yang ada simptom2 macam ni, elok jumpa dengan pakar psikiatri..sebelum terlambat..

5. Perihal Cemburu BUKAN pada yang sepatutnya..
- kalau cemburukan suami atau isteri, it is okay la.. baru nampak sweet gitu, baru namanya sayang kaalu cemburu tang ni.. ni ada pulak cemburu dalam berkawan.. pantang nampak kawan dia jalan dengan orang lain, mulalah tarik muka.. tak nak cakap, buat muka mintak penampo.. apa ke halnya nak buat mcm tu?? masalahnya, biola kawan dengan semua orang, si dia ingat si dia tu best sangat ke sampai tak boleh nak berkawan selain si dia.. ni biasanya berlaku kat perempuan..
* p/s : tolonglah jangan nak cemburu tang ni, buruk dan menjengkelkan..

okay, setakat ni saje ye.. kalau ada tambahan nanti, kita buat pada entri yang lain.. nagntukkk.. kroihhh3

# Puding Jagung


Nyum3.. siapa penah makan puding jagung?? please angkat tgn pleaseee.. hehe

jom buat puding, boleh makan time perut minta makan... =p

Bahannya :

1 tin jagung (cari kat kedai, yang ada tanda halal auu)
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard <<--- camni ke nak ngejanye?? ehehe hentam...
5-6 cawan santan
1 cawan gula

atau kalau tak nak santan, kita bubuh la susu cair tuu then bubuh le air secukup rasa...

cara2 nye yang sempoi :

1. kisar kasar2 jagung tu, kalau x nak kisar pun takpe, tapi nanti nak potong puding tu macam tak cantik la sebab jagung tu...

2. masukkan je segala tepung tu dalam periuk, sekali dengan jagung kisar kasar2 tadi, masukkan semua la bahan tadi senang citer...

3. kacau2 sampai pening.. hehe sampai macam kilat2 tu...

4. masukkan dalam loyang....

5. dah agak2 boleh potong tu, hidang kat suami ye.. hahah... kalau sedap, mesti habis.. kalau tak sedap, meh belajar lagi ye...

* nyum3... terliurr~~

# Kerapu Dikurung Dalam Periuk


Kalau korang pandai, mesti korang dapat teka dan bayangkan macam mana rupa resepi nih.. kih3
takpelah, tunggu korang pk, habis masa ni.. lalalala

Jom kita masak.. sreeng~

Bahan A :

Ikan Kerapu (ni bahan utama, kalau tak ade ikan ni, maka nama menu kat atas tu kenalah tukar menjadi ikan lain...)
lumur ler dengan [halia + bwang putih ] yang dikisar haluss tuu.. oppsss juga kunyit yerr

Bahan B :

1 ulas bawang besar dihiris okay?
1 batang Lobak Merah (dihiris ikut cita rasa korang k)
kobis bunga sikit (aku letak sikit je, psl tak berapa gemar sayur nih)
kicap sikit
sos tiram sikit
serai letak la berapa2 pun (nak bagi wangi buang hanyir2 ikan uhh)

[jadilah cantik sikit, ade kombinasi warna dlm lauk tu nanti.. ade kaler oren, putih, hijau serai tuu]

rasanya ni je la kot bahan2nya... hahaha

kemudian korang letak ikan tu baik baik kat dalam bungkusan yang alumnium tuu, letak dalam periuk kukus bertingkat tuu.. pehe??

lepas tuuu masukkan bahan b tadi atas ikan tuuu..

letak ikan dalam periuk , letak periuk atas api.. kukus selama 1/2 jam k...

okayy. selamat mencuba.. tak jadi tu belakang cter.. aku wat jadi.. kah3

# Siakap Oven =P


Okay.. tengok nama je memang rasa kecut mulut kan?? SIAKAP OVEN, resepi best di dunia.. kah3..

Jom tengok camne nak buat..

Bahan utama adalah Siakap, klu xde siakap, itu bermakna kena tukar nama resepi la.. tukar kepada PARI OVEN ke, AYAM OVEN .. sebelum melalut.. jom tgk bahan2 ye..

Bahan A :
- 1 ekor ikan Siakap (boleh dapatkan di pasar ye.. utamakan orang Islam la ye bg yg beragama Islam.. hehe)

Bahan B :
- Beberapa serai, sesedap rasa la ek
- Halia
- Bawang putih

Bahan C :
- Bawang merah, ikut logik la nak berapa banyak
- Bawang putih, pun sama jugak, ikut akal fikiran
- Cili, nak pedas, bubuh la byk2, nak tak pedas, bubh sikit
- Belacan, nih sikit je, x leh byk2, nak bubuh boleh, tak mau pun boleh
- Asam, guna jenama adabi ea.. haha
- air

Okay, jom kita masak!!

1. memula sekali settlekan itu siakap okeyhh.. tak elok biarkan siakap tunggu lama2.. amek halia and bawang putih (kisar atau klu anda seorang rajin, tumbuk la gune lesung batu ea), then amek serai, kita ketuk2 sket, bagi keluar aroma bestnya.. kita sapu2 kat ikan siakap itu ye..
*awas! kebersihan diutamakan, sila basuh tangan dulu, n jgn lupa bersihkan siakap tadi jugak =)

2. then, bungkus dgn ape ke nama aluminium yang kaler silver tu ye.. then masuk dalam oven..

3. Nak buat kuah asam plak.. Hiris dadu si bawang merah dan putih, cili pun hiris jugak..

4. bakar si belacan tu jangan sampai hangus, kang pahit lak..

5. masukkan semua tadi dalam mangkuk, isi ngan air putih ye.. nak sedap sikit bubuh la garam sikit tpi jangan banyak2, sebab dah ada belacan..

6. SIAP!! boleh melantak, before tu jngan lupa DOA MAKAN!! =)

<<>> My First Post <<>>


Hello and hai.. =)

Can contact me at >

YM : nanai.mow2@yahoo.com
Twitter : nailihazirah
Gmail : nailihazirahagmg@gmail.com



* p/s : Please behave yourself and mind your word. thank you. =)