BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 3, 2012

=@ Si Dia Yang Menjengkelkan


okay.. lama tak menaip dalam belog kaler biru2 laut ni... disebabkan banyak assignment yang bertimbun, dan meeting sana sini (rasa macam VVIP okay).. nampak macam busy sangat, pada hal apa la sangat kan.. =P
okay... entri kali ni untuk menyedarkan orang-orang yang selalu membuat orang lain rasa menyirap dan sebagainya... jika ada diantara reader entri ini yang terasa, maka eloklah berubah sebelum orang lain membuang anda.. sekian.. =P

1. Perihal PINJAM barang..
- ni memang paling pantang seluruh keturunan ni.. masa nak pinjam, siap guna ayat berbunga ni.. "takpe2, bia aku yang ambil.. kat almari ek??"... time nak pulang, "weh, nah baju kau ni. aku letak sini (katil) je tau." cakap terima kasih pun tak ada.. tinggi betul akhlak tu kan.. lepas tu punya baik lagi kalau dah pinjam barang, tetiba mengaku dah pulang barang tu.. "aku dah bagi kau la hari tu, alaa time tu kau tengah busy wat keje".. macam alasan.. kalau dah hilangkan abrang orang tu mengaku je la makcik oi... tak payah nak menipu snagatlah...
* lain kali buat satu borang, 5 column (nama, item dipinjam, tarikh pinjam, tarikh pulangkan, tandatangan) .. dengan ini, kita ada hitam putih.. kita boleh dakwa dia kat court.. kih3

2. Perihal BAJET Tahu.
- golongan ni lagi la memang patut disisihkan.. *kejam.. haha... time cikgu mengajar.. "alah, ni memang aku dah tahu ni, senang je", "eh memang pon adik beradik dia dua orang je, aku dah lama dah tahuu, korang baru tahu ker??".. okay nampak tak ayat2 menyirapkan dan ayat bajet tahu?? haa kalau ada orang cakap camtu kat korang, korang pon cakaplah camni, "kalau kau dah tahu dan senang, nanti kau ajar kitorang ek" (biar dia terkial sikit, padan muka.) .. "aku tak hairan pun tahu lambat sebab aku tak sibuk hal orang lain, x macam kau yang suka busy body".. (okay ayat risiko.. =P) .. satu lagi contoh.. "kalau nak ke sana memang kena guna bas ni, mana boleh naik LRT, TAKKAN SAMPAI punye la" .. nampak tak satu lagi word2 bajet tahu?? lagi2 kalau sambil cakap tu, si dia buat muka mintak penampo ngan gaye sombong.. heyy pantang betul~ haha
*katakan pada si dia, "anda sangat menjengkelkan, sekian"

3. Perihal Dia Seorang yang BAGUS..
- ni lagi satu punya perangai tak habis.. apa2 keadaan sekali pun nak jugak orang nampak dia bagus.. bagus tang pandai tawar2, bagus tang study, bagus tang macam2 lagi la.. nak senaraikan takut tak cukup ruang belog ni.. kih3 "eh RM 100?? hari tu aku beli RM50 je. untungla aku.", "eh buruknya kain kau ni, hari tu aku beli kat masjid india, lagi cantik, murah pulak tu" .. nampak tak si dia nak menjatuhkan orang lain secara halus?? awas!! jangan biarkan orang mcm ni menguasai anda.. kah3.. pastu kalau ramai2 pergi kat tempat yang dia dah pernah pergi dan orang lain belum pernah jejak lagi, "eh nak pergi mana tu?? sini la" (sambil jalan paling ahdapan dan buat muka mintak penampo lagi sekali, heyy pantang3) haha..
* katakan pada baliau, "pernah tak ada orang kata hang ni memang menjengkelkan??"

4. Perihal PERASAN dan PERASAAN..
- haa tang ni la yang macam rasa nak lemas + sesak nafas.. pernah tak jumpa orang yang perasan dia adalah GF atau BF seseorang ni?? "saya tak suka awak cakap dengan dia", "awak ke mana petang tadi?? tak bagi tahu saya pun??", "kenapa tak pakai baju kurung hari ni?? ".. 24 jam asyik sibuk nak tahu.. pada hal si perempuan atau si lelaki tadi cuma anggap si dia tu kawan je, yang si dia ni dah perasan tahap mintak penampo.. sibuk nak kongkong.. nak2, baru kenal tak sampai sebulan.. haaiihh sosak kepala melayan orang macam ni.. naik gila otak..
* sesiapa yang ada simptom2 macam ni, elok jumpa dengan pakar psikiatri..sebelum terlambat..

5. Perihal Cemburu BUKAN pada yang sepatutnya..
- kalau cemburukan suami atau isteri, it is okay la.. baru nampak sweet gitu, baru namanya sayang kaalu cemburu tang ni.. ni ada pulak cemburu dalam berkawan.. pantang nampak kawan dia jalan dengan orang lain, mulalah tarik muka.. tak nak cakap, buat muka mintak penampo.. apa ke halnya nak buat mcm tu?? masalahnya, biola kawan dengan semua orang, si dia ingat si dia tu best sangat ke sampai tak boleh nak berkawan selain si dia.. ni biasanya berlaku kat perempuan..
* p/s : tolonglah jangan nak cemburu tang ni, buruk dan menjengkelkan..

okay, setakat ni saje ye.. kalau ada tambahan nanti, kita buat pada entri yang lain.. nagntukkk.. kroihhh3

No comments:

Post a Comment